Logo sekolah

.: ladangsenama : .: ladangsenama :

Khamis, 5 Mei 2011

di kalangan / di dalam kalangan / dalam kalangan…?

Penggunaan frasa sendi di atas amat bercelaru. Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Apabila kita membaca akhbar, buku-buku dan bahan-bahan penulisan lain, kita acap kali bertemu dengan penggunaan ‘di kalangan’, ‘di dalam kalangan’ataupun ‘dalam kalangan’. Jadi, yang manakah yang betul?
SEBENARNYA ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-
  • di sekolah
  • di kedai
  • di sungai
  • di kampung
  • di dalam kelas
  • di atas meja
  • di luar padang ..
Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.
JADI penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya SALAH dan tidak GRAMATIS!
SEBETULNYA:-
  • dalam kalangan bukannya di kalangan
  • dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
  • dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
  • dalam siasatan bukannya di dalam siasatan

0 comments:

Catat Ulasan